Posts

16 Mei, Hari Guru Malaysia

Image
Dah terlepas 3 hari tapi nak ucapkan jugak.... Selamat Hari Guru 2021 sahabat guru Malaysia! Kali ni kemeriahan hari guru cuma dapat dirasa semangatnya di media sosial. Alhamdulillah....kita masih lagi mampu merai dengan aman sejahtera walaupun bersulam lembaran Covid19 gelombang ke-3.  Berkongsi tema yang sama pada tahun 2020,  Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baru. Moga semua guru Malaysia adalah guru yang professional dan bersemangat waja.  Kes baru Covid positif hari ni 19/5/2021 tercatat dalam sejarah Malaysia. Setakat ni hari nilah yang paling tinggi mengikut data Kementerian Kesihatan Malaysia, 6075 kes. Tapi bukan I nak membebel pasal Covid19 ni. Mesti la membebel pasal sesi sekolah. Hihihi..."common issue" kata orang putih. Dengan jangkaan Covid19  positif meningkat, sejak awal minggu selepas Aidil Fitri tahun ni, semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan diarah menjalankan PDPR. Cabaran ni memang besar dalam menyampaikan ilmu. Dengan cabaran macam nilah kita leb